Saturday, 8 March 2025

My Nina

 "Kalau Papa baik, kenapa Mummy berpisah dengan Papa?"


Soalan spontan dari si kakak sulung, Nina pagi tadi selepas dia habis video call dengan Papanya..

Daddy senyum je, bagi isyarat untuk Mummy jawabkan. Hahah..👀


"Sebab Mummy dah tak sayang Papa.. Mummy dan Papa tak nak gaduh-gaduh. Jadi Mummy dan Papa berpisah. Papa dan Mummy nak jadi kawan baik je. Mummy nak Papa bahagia.. Papa pun nak Mummy bahagia."

"Hati Mummy dan Papa dah tak sama macam dulu, dah tak sayang-sayang macam dulu."

"Tapi, Papa dan Mummy tetap sayang anak-anak, sayang kakak, sayang adik, sayang abang, sayang baby walau Papa dan Mummy berpisah.”


Itu je la jawapan yang sis mampu bagi dekat anak sulung kesayangan ni. Semakin hari semakin banyak soalan dia tentang perpisahan. 

Mestilah lepas bagi jawapan tu, tetap ada soalan yang seterusnya menyusul 😅

Sekarang, baru faham keadaan yang kita nak sangat faham dari dulu..

And I know, Nina pun nak faham dan nak tahu kenapa jadi begitu begini dekat keluarga dia.

Bila cerita balik dekat ex-husband, rupanya dia pernah tanya soalan ni dekat Papa. Of course la ex-husband saya sentiasa ada skema jawapan seperti yang kalian tahu kan 😆

Alhamdulillah, walaupun berpisah, anak-anak tetap terjaga kebajikan mereka. Akan tetapi, tak dinafikan, meskipun kebajikan terjaga, kasih sayang kita curahkan sepenuh hati, kita saling bergilir meluang masa dengan anak-anak,

tiada siapa yang tahu apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir, apa yang mereka lihat, yang mengundang kepada soalan di atas.

Saya hargai soalan dari anak-anak saya yang sedang membesar yang penuh dengan rasa ingin tahu. Sesekali rasa berterima kasih sangat dengan anak-anak sebab mereka berani bertanya dan bersoal jawab dengan kita tentang perkara macam ni. Maksudnya mereka ada rasa percaya terhadap kita.

Dan semestinya, tak semua persoalan itu ada jawapannya.

Tapi, sebolehnya, fahamkan mereka dengan cara yang sebaiknya..

Now, I faham kenapa pentingnya tetap menjaga hubungan baik dengan bekas pasangan dan bercakap perkara yang baik-baik tentang bekas pasangan kita. Secara tak langsung, ia akan memberi kesan kepada anak-anak juga. 


Itu saja tulisan hari ini. Dah lama tak menulis. Selamat berpuasa! 💓


Saturday, 24 December 2022

selamat ulang tahun myself!

mendapat ucapan ringkas dari sang suami pagi ini 

"selamat ulang tahun sayang, tahniah kerana sentiasa berjuang untuk hidup, untuk kita dan keluarga kecil kita. semoga Allah sentiasa merahmati awak."

speechless. laju je airmata ni mengalir. tisu kan hati hawa sekarang 🥲 

bila renung balik perjalanan hidup sepanjang 33 tahun, tak sangka pun aku sekuat dan mampu bertahan hingga ke hari ini. aku sangat berterima kasih atas semua ujian yang Allah turunkan kepada aku.

dari bujang - study - berkahwin - memiliki anak - berpisah - berkahwin buat kali kedua - anak diuji dengan sakit..

rasa macam baiknya Allah kerana sentiasa ada untuk kita.

tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya melalui proses demi proses sehingga ke hari ini.

bagi yang masih mengikuti blog ini, terima kasih atas sokongan, terima kasih kepada pengikut yang sentiasa follow up saya di facebook (walaupun kita beshe beshe je) :3

sis dah kurang aktif atas faktor kesibukan dan fokus kepada anak-anak dan suami. 

bagi yang bertanya tentang status saya beberapa bulan lalu..

ya, saya sudah pun berpisah dengan suami lama dan pada tahun lalu saya telah berkahwin dengan pilihan hati saya. :)

saya berharap kalian mendoakan kebahagiaan buat kami, terima kasih ❤️

saya juga mendoakan yang sama untuk kalian ❤️

setiap pertemuan, ada perpisahan.
dengan terjadinya perpisahan, tentu ada hikmah untuk kita renungi. :)

jujur saya katakan, perpisahan adalah satu hal yang paling mengejutkan dan berat untuk saya terima sepanjang hidup saya, serta memberi impak besar dalam kehidupan saya..

tapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya (ayat ini saya sentiasa repeat selepas melalui proses perpisahan)

mungkin sampai di sini saja tulisan saya. terima kasih atas kesudian membaca post kali ini. semoga bertemu lagi pada lain waktu. 😊

Wednesday, 27 October 2021

selamat hari lahir suamiku!

 selamat hari lahir buat suamiku / daddy.

terima kasih kerana sudi menerima saya dan anak-anak.

terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan.

semoga Allah permudahkan segala urusan daddy 😄 Amiin

Tuesday, 26 October 2021

cerita baru.

Bismillah, Assalamualaikum.. akhirnya sis kembali setelah sekian lama menghilangkan diri dan bertapa memperbetulkan diri dan keadaan sis. (apa muqaddimah panjang sangat ni..) 😆 but yeah, Alhamdulillah atas segalanya. terima kasih Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan sis dan keluarga selama ini.

sekarang sis kembali dengan cerita baru dan kehidupan yang baru. 😊 mungkin bagi sesetengah orang, di usia ini, sudah terlambat untuk memulakan perjalanan yang baru. tapi tidak bagi saya 😆 saya sentiasa bersedia untuk melalui jalan-jalan yang baru walaupun kebarangkalian untuk sesat dan terjatuh itu ada, tapi, kita kan sentiasa mencuba dan berusaha, jadi, hasilnya kita perolehi di hujung perjalanan. 

terima kasih kepada mereka yang masih nembaca blog ini walaupun segala post sudah dihilangkan dari pandangan kalian 😂

sis doakan urusan kalian semua juga dipermudahkan. 😄 terima kasih semua atas kebaikan kalian selama ini dan pada masa akan datang. sis sayang kalian.

love,

Hawa. 💌