Saturday, 8 March 2025

My Nina

 "Kalau Papa baik, kenapa Mummy berpisah dengan Papa?"


Soalan spontan dari si kakak sulung, Nina pagi tadi selepas dia habis video call dengan Papanya..

Daddy senyum je, bagi isyarat untuk Mummy jawabkan. Hahah..👀


"Sebab Mummy dah tak sayang Papa.. Mummy dan Papa tak nak gaduh-gaduh. Jadi Mummy dan Papa berpisah. Papa dan Mummy nak jadi kawan baik je. Mummy nak Papa bahagia.. Papa pun nak Mummy bahagia."

"Hati Mummy dan Papa dah tak sama macam dulu, dah tak sayang-sayang macam dulu."

"Tapi, Papa dan Mummy tetap sayang anak-anak, sayang kakak, sayang adik, sayang abang, sayang baby walau Papa dan Mummy berpisah.”


Itu je la jawapan yang sis mampu bagi dekat anak sulung kesayangan ni. Semakin hari semakin banyak soalan dia tentang perpisahan. 

Mestilah lepas bagi jawapan tu, tetap ada soalan yang seterusnya menyusul 😅

Sekarang, baru faham keadaan yang kita nak sangat faham dari dulu..

And I know, Nina pun nak faham dan nak tahu kenapa jadi begitu begini dekat keluarga dia.

Bila cerita balik dekat ex-husband, rupanya dia pernah tanya soalan ni dekat Papa. Of course la ex-husband saya sentiasa ada skema jawapan seperti yang kalian tahu kan 😆

Alhamdulillah, walaupun berpisah, anak-anak tetap terjaga kebajikan mereka. Akan tetapi, tak dinafikan, meskipun kebajikan terjaga, kasih sayang kita curahkan sepenuh hati, kita saling bergilir meluang masa dengan anak-anak,

tiada siapa yang tahu apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir, apa yang mereka lihat, yang mengundang kepada soalan di atas.

Saya hargai soalan dari anak-anak saya yang sedang membesar yang penuh dengan rasa ingin tahu. Sesekali rasa berterima kasih sangat dengan anak-anak sebab mereka berani bertanya dan bersoal jawab dengan kita tentang perkara macam ni. Maksudnya mereka ada rasa percaya terhadap kita.

Dan semestinya, tak semua persoalan itu ada jawapannya.

Tapi, sebolehnya, fahamkan mereka dengan cara yang sebaiknya..

Now, I faham kenapa pentingnya tetap menjaga hubungan baik dengan bekas pasangan dan bercakap perkara yang baik-baik tentang bekas pasangan kita. Secara tak langsung, ia akan memberi kesan kepada anak-anak juga. 


Itu saja tulisan hari ini. Dah lama tak menulis. Selamat berpuasa! 💓


No comments:

Post a Comment